[bisnes] Visi, Misi, Nilai, Strategi, Objektif, Tindakan


Pernahkah anda terlibat dalam organisasi atau perniagaan yang masih belum kelihatan benar2 berjaya? Apa masalahnya yang sebenar?


.

Visi, Misi, Nilai, Strategi, Objektif, Tindakan


Pernahkah anda terlibat dalam organisasi atau perniagaan yang masih belum kelihatan benar2 berjaya? Biarpun telah bertungkus lumus berusaha, hasilnya masih biasa2 sahaja.

Barangkali masalahnya ialah anda tidak membuat keputusan ke mana anda ingin pergi dan tidak membuat pelan jalan bagaimana untuk sampai ke sana. Ringkasnya, apabila anda tiada cita-cita, anda sekadar mundar-mandir mengisi ruang masa yang ada.

Untuk berjaya, anda perlu mempunyai visi. Ia menyediakan destinasi untuk organisasi. Sesudah itu, anda perlu mempunyai misi. Ini adalah panduan bagaimana untuk mencapai visi.

Visi - Gambaran besar tentang apa yang anda mahu capai.
Misi - Kenyataan umum bagaimana anda akan mencapai visi.
Nilai Teras - Bagaimana anda akan berkelakuan semasa proses tersebut.

Contoh Visi - Visi Unit Penerangan ISRA adalah untuk menjadi badan penyampai maklumat yang cekap dan berkesan.

Contoh Misi - Menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini kepada masyarakat.

Contoh Nilai Teras:
- Amalan komunikasi terbaik.
- Ramah dan mesra pengguna.
- Ringkas tetapi.

Strategi, Matlamat, Objektif dan Tindakan

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti apa yang ingin dicapai oleh organisasi anda (visi) dan secara amnya bagaimana visi akan dicapai (misi), langkah seterusnya adalah untuk membangunkan beberapa pernyataan yang menghuraikan lagi gerak kerja anda.

Ia meliputi Strategi, Matlamat, Objektif dan Tindakan

1) Strategi - Strategi pendekatan untuk mencapai sesuatu.Contoh: ISRA berkomunikasi dengan penduduk setempat melalui Media Online.

2) Matlamat - Matlamat adalah gambaran hasil yang anda mahu capai.

Contoh: Penduduk setempat mendapat maklumat ISRA program ISRA.


3) Objektif - Objektif adalah pencapaian yang boleh diukur hasilnya dalam tempoh waktu tertentu.

Objektif harus memenuhi kriteria berikut:

Boleh: Apa yang akan dicapai secara khusus dan bila ia akan dicapai?
Sesuai: Adakah ia sesuai sebagai ukuran untuk mencapai matlamat?
Mampu dicapai : Adakah mungkin untuk dicapai?
Komitmen: Adakah orang komited untuk mencapai objektif?
Tanggungjawab: Adakah orang yang bertanggungjawab untuk mencapai matlamat yang termasuk dalam proses penetapan objektif?

Contoh Objektif:
Laman ISRA mendapat 10K Likes
Setiap Posting ISRA mendapat sekurang2nya 1K Reach


4) Tindakan - Pelan tindakan adalah pernyataan tindakan atau aktiviti tertentu yang akan digunakan untuk mencapai matlamat dalam kekangan objektif.

Contoh Tindakan:
Meramaikan pasukan Admin dan Editor supaya masing2 menarik kenalannya untuk Like Laman Isra.

Meramaikan sukarelawan untuk berkongsi posting supaya ia menaikkan jumlah Reach.

.

Rujukan: https://www.extension.iastate.edu/agdm/wholefarm/html/c5-09.html

Post a Comment

0 Comments