[bisnes] Geran Bantuan Kewangan Dari Fb

 

Baru-baru ini Facebook telah mengumumkan pemberian Geran berbentuk Tunai dan Kredit Iklan kepada perniagaan kecil. Menurut kenyataan di laman rasmi mereka, mereka memahami bahawa perniagaan  mungkin mengalami gangguan akibat wabak global COVID-19. Jadi mereka menawarkan geran tunai dan kredit iklan sebanyak USD 100 juta untuk membantu sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Bagaimanakah program ini dapat membantu peniaga?

Contohnya: 

1. Mengekalkan tenaga kerja sedia ada.

2. Membantu menyelesaikan kos sewa dan operasi. 

3. Membantu berhubung dengan lebih ramai pelanggan.

4. Menyokong komuniti setempat.


Adakah perniagaan saya layak? 

Kira-kira 30,000 perniagaan kecil di lebih daripada 30 negara layak menerima geran dari Facebook. 

Untuk memenuhi syaratnya, perniagaan anda mestilah: 

1. Mempunyai antara 2 hingga 50 pekerja.

2. Telah menjalankan perniagaan selama lebih dari setahun.

3. Mempunyai cabaran kerana COVID-19.

4. Berada di atau berdekatan dengan lokasi di mana Facebook beroperasi.

Untuk memeriksa sama ada kawasan anda layak, atau untuk mendaftar kemas kini e-mel apabila aplikasi dibuka, lihat cara memohon di bawah.


Bagaimana memohon?

Perniagaan kecil di Malaysia boleh mengemukakan permohonan mereka antara 6-12 Oktober 2020.

Di Malaysia Facebook menawarkan geran sekitar MYR 3,200,000 kepada kira-kira 300 perniagaan kecil yang layak. Setiap geran berjumlah MYR 9,400 terdiri daripada MYR 5,900 tunai dan MYR 3,500 kredit iklan. (Semua nombor adalah anggaran). 

Pemberian di Malaysia disediakan untuk perniagaan kecil yang layak di lokasi di mana Facebook mempunyai pejabat iaitu di Kuala Lumpur.

Perniagaan kecil tidak perlu mempunyai kewujudan akaun Facebook untuk membuat permohonan.

Harap maklum bahawa anda mesti berada secara fizikal di negara ini untuk mengakses borang permohonan.

Anda memerlukan dokumen berikut: Profil SSM entiti perniagaan anda.

Kunjungi laman web berikut untuk membuat permohonan: enmy.goodera.com


Maklumat di atas dipetik dari: https://www.facebook.com/business/small-business/grants







Post a Comment

0 Comments