UYGHUR: APA ISUNYA DENGAN CHINA?


Image result for china

China, merupakan salah satu negara yang boleh dikatakan agak maju di kedudukan negara-negara maju di dunia. Dimana ia berada di posisi yang agak atas, bersama sama negara-negara besar lain seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom. China pada masa dahulu hanyalah sebuah negara di asia yang dikenali sebagai tempat, atau sumber pengeluaran barangan barangan berkualiti rendah.

Namun begitu, seiring dengan peredaran masa, China juga sudah mula mengorak langkah, malahan jauh lebih dihadapan berbanding negara kita. Mereka kini mula dikenali sebagai negara yang cukup maju baik dari segi ekonomi, mahupun dari segi teknologi.

Pelbagai jenis dan jenama sudah dikeluarkan dan berasal dari China. Antaranya adalah Huawei, Alibaba, Tencent, Xiaomi dan banyak lagi jenama lain. Kewujudan jenama-jenama terkenal dunia ini membawa kepada penyumbangan terhadap perkembangan ekonomi China, sehingga meletakkan ia sebagai salah satu negara yang berada di carta tertinggi untuk perkembangan ekonomi di mata dunia.
Image result for ali baba xiaomiDari segi teknologi pula, China boleh diletakkan sebaris dengan Amerika Syarikat dan Jerman, dimana ketiga tiga negara ini adalah ‘powerhouse’ dalam bidang teknologi. Pelbagai jenis teknologi baru dan teknologi yang diperbaharui datangnya dari tiga negara ini, baik dari segi komunikasi, industri mahupun bioteknologi. China boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang berani, dimana mereka sering mencuba pelbagai perkara baru dalam pelbagai bidang. Seringkali kita diajukan dengan pelbagai video yang memaparkan perkara baru seperti penetasan telur ayam secara ‘in-vitro’, penghasilan teknologi modem yang baru serta pelbagai perkara lain.


Meskipun kemajuan teknologi di China cukup mantap, bagaimana pula dengan rakyatnya? Adakah mereka berprofil tinggi, stabil dari segi kewangan dan kehidupan? Ketamadunan rakyat di China tidak banyak berbeza dengan tamadun rakyat di negara-negara asia yang lain. Rata-rata dari mereka juga tidak mempunyai taraf hidup yang mewah dan kaya seperti mana rakyat Dubai. Dari segi agama pula, ada diantara mereka yang beragama Islam, meskipun kebanyakan rakyat China adalah penganut Buddha dan Kristian.
Image result for chinese citizen
Baru-baru ini, terbit satu isu baru berkenaan negara tersebut. Isu tersebut adalah mengenai sistem pemantauan dan kawalan ketat yang diimplementasikan di rata-rata kawasan negara tersebut. Sistem pemantauan yang ketat ini, atau dalam istilah lainnya iaitu ‘mass surveillance’, memberi banyak pandangan serta mengundang pelbagai persepektif dari rakyat negara mereka sendiri. Sistem pemantauan ini terdiri daripada kamera litar tertutup (CCTV), sistem rekognisi A.I dan juga sistem pengenalan biometrik. Jumlah kamera litar tertutup yang dipasang di pelbagai lokasi juga mencecah hampir 200 juta unit. Jika anda merupakan seorang rakyat China, adakah anda akan merasa bahawa tahap keselamatan di negara tersebut tinggi dan cukup selamat?
  
Image result for china mass surveillanceUntuk menjawab persoalan tersebut, disini dilampirkan dua pandangan dari dua orang rakyat China, iaitu Fan Jienjien dan juga Lee Yao Hu. Sumber ini dipetik dari sumber berita Al-Jazeera, pada video terbitan mereka yang bertajuk ‘China’s Spying Eyes, edisi 101 East. Menurut Fan Jien, dengan hadirnya teknologi pemantauan di China itu membantu beliau merasa lebih selamat dan yakin untuk melakukan aktiviti di luar rumah tanpa perlu memikirkan soal keselamatan mahupun faktor faktor lain yang berbahaya kepada dirinya.
Menurut beliau lagi, teknologi pemantauan itu juga turut membantu dimana ia bukan sahaja melakukan pantauan dari segi keselamatan, malahan ia turut melakukan pantauan dari segi aktiviti kehidupan seharian. Ini dimana setiap pembelian mahupun aktiviti yang dilakukan oleh Jien dipantau secara teliti. Sebagai contoh, ketika beliau pergi membeli belah, setiap barangan yang dibeli, mahupun barangan yang dimasukkan ke dalam troli ketika membeli belah adalah direkodkan ke dalam sistem ini. Sistem ini berfungsi seperti kaedah merit, dimana setiap pembelian barangan yang berisiko kepada kesihatan seperti alkohol dan rokok akan mengurangkan markah merit individu itu.

Sebaliknya pula, setiap pembelian barangan yang berfaedah seperti sayuran, barangan yang tidak mencemarkan alam seperti kertas yang dikitar semula, akan diberikan markah merit. Markah merit ini kemudiaanya akan digunakan untuk penilaian setiap individu kemudiannya. Menurut Jien lagi, beliau tidak lagi merasa risau akan keselamatan dirinya lantaran pekerjaan beliau sebagai ahli perniagaan. Malahan, beliau turut merasa mudah dengan hadirnya teknologi baru ini, kerana setiap aktiviti yang telah dilakukan, akan dapat disemak semula melalui aplikasi pintar yang didatangkan khas kepada sistem teknologi di China. Beliau dapat menyemak jumlah perbelanjaan beliau, jumlah jarak pergerakan beliau dan juga maklumat kesihatan diri beliau.

Berbeza pula dengan pendapat seorang lagi rakyat China, iaitu Lee Yao Hu. Ujar Lee, penggunaan teknologi tersebut agak baik untuk faktor keselamatan. Namun begitu, beliau turut menyuarakan ketidakselesaan beliau terhadap pemantauan yang terlalu ketat itu, dimana setiap pergerakan dan perbuatan adalah dipantau oleh kerajaan China. Kata beliau lagi, beliau merasakan keselamatan untuk diri sendiri cukup terjamin dengan adanya teknologi pemantauan tersebut, namun sudah hilang rasa bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti. Meskipun beliau tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah dan melakukan apa apa aktiviti yang bersalahan dengan peraturan, tetap beliau merasakan kebebasan untuk hidup di negara tersebut sudah tiada. Disini dapat kita simpulkan secara ringkas, bahawa teknologi yang diimplementasi oleh kerajaan China ini memang baik untuk faktor keselamatan, namun sedikit sebanyak ia kelihatan agak melampau atau ‘overboard’ apabila hampir kesemua maklumat peribadi diketahui oleh kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang mengikuti perkembangan di media massa, pastinya anda pernah terdengar akan isu kaum Uyghur. Sebelum kita mulakan perbincangan mengenai kaum ini, adalah lebih baik kiranya untuk kita mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai mereka.


Image result for uyghur
Kaum Uyghur di China
 Kaum Uyghur, adalah salah satu dari kaum-kaum etnik di China. Kaum Uyghur ini berasal dari Turkistan Timur, dan berpopulasi berhampiran dengan letaknya kawasan tembok besar Cina. Kaum ini rata-ratanya menganut agama Islam, dimana telah dibawa dan disebar dari zaman nenek moyang mereka lantaran pengaruh agama yang dibawa sejak dari tahun 934 sebelum masihi, oleh kerajaan Karahanid. Pada zaman itu, Kashgar, atau lebih tepat, ibu kota bagi kerajaan Karahanid pada ketika itu telahpun maju berkembang sebagai pusat penyebaran ilmu agama. Bukan itu sahaja, ia turut jadi menjadi pusat penyebaran ilmu bagi ilmu-ilmu lain seperti ilmu kesenian, ilmu sains, ilmu muzik dan juga ilmu sastera.

Image result for uyghur map
Pada tahun tersebut, kemunculan ramai cendekiawan dari masyarakat Uyghur telah membantu memajukan lagi Kashgar dan mencetuskan perkembangan ekonomi serta sosial yang baik. Pada tahun 1876, Kashgar telah pun diceroboh dan dirampas oleh kerajaan Manchu yang ketika itu adalah kerajaan pemerintahan bagi negara China. Selepas 8 tahun peperangan antara Kaghyar dan Manchu, kerajaan Timur Turkistan itu telah berjaya ditakluk dan diubah namanya kepada ‘Xinjiang’, yang membawa maksud ‘kawasan jajahan baru’ dalam bahasa cina. Selepas dari penaklukan itu, Uyghur mula menghadapi kemunduran dari segi kuasa dan peradaban.

Isu mengenai kaum Uyghur ketika ini sudahpun menjadi isu hangat di seluruh dunia, dimana penindasan yang dilakukan oleh kerajaan China telah mendapat perhatian banyak negara, khususnya negara-negara Islam. Berkenaan dengan penindasan terhadap kaum Uyghur tersebut, pelbagai punca serta sebab telah dikenal pasti menjadi faktor untuk kerajaan China berbuat demikian. Sebelum kita terus kepada perihal mengapa China bertindak sedemikian, harus kita tahu bahawa tindakan China tersebut telah dikritik keras oleh negara-negara eropah seperti United States dan juga Kanada.

Menurut timbalan menteri hubungan luar negara China, Lee Yucheng, beliau menegaskan bahawa tindakan kerajaan terhadap kaum tersebut adalah bersifat motivasi untuk politik dimana ia bertujuan untuk kemakmuran negara tersebut. Ketika ini, China telah menahan hampir 1 juta kaum Uyghur, dan ditempatkan di sebuah kem yang dinamakan sebagai ‘reeducation centre’. Di situ, kaum tersebut dihadapkan dengan pelbagai jenis seksaan, baik dari segi fizikal mahupun mental. Walau bagaimanapun, menurut wakil kerajaan China, beliau menyifatkan bahawa tindakan tersebut adalah bertujuan untuk membantu dan mendidik kaum tersebut dengan pendidikan vokasional dan mengelakkan dari tercetusnya kumpulan ‘extremist’. Le Yucheng juga turut memberitahu kepada media bahawa ia hanyalah bertujuan untuk melindungi hak kemanusiaan untuk semua kaum majoriti, di samping menyelamatkan kaum-kaum minoriti.

Jika dilihat kembali kepada kaum Uyghur itu sendiri, terdapat beberapa teori yang menyangkal pernyataan dari kerajaan China tersebut bahawa kaum tersebut ditahan adalah bertujuan untuk menjaga hak asasi manusia. Struktur geografi dan topografi kawasan Turkistan, tempat asal kaum tersebut adalah kaya dengan sumber alam, dimana terdapat sumber petroleum dan juga beberapa bahan asli yang lain. Faktor agama juga mampu menyumbang kepada sangkalan ini, dimana masyarakat beragama Islam di negara China dilayan sebagai masyarakat minoriti, berbeza dengan kaum yang beragama lain seperti Kristian dan juga Buddha.

Selain itu juga, tercetusnya isu dengan kaum Uyghur ini bermula dengan tunjuk perasaan dari kaum Uyghur, atas sebab layanan kerajaan China terhadap mereka yang dilihat sebagai layanan buruk dari kerajaan. Sejurus selepas ‘riot’ itu berlaku, kerajaan dilihat mula memberi layanan buruk kepada kaum ini secara besar-besaran, dimana mereka mula ditangkap, dan diasingkan di sebuah kem yang lebih bersifat sebagai kem penderaan, berbanding kem pendidikan sebagaiman yang dinayatakan oleh kerajaan China itu sendiri.

Berkait pula dengan teknologi pemantauan terbaru yang diwujudkan di China, ia juga turut digunakan sepenuhnya untuk isu ini. Jika di bandar-bandar utama di China mengandungi lebih dari 2 juta sistem kamera pemantauan, di tempat asal kaum ini juga turut menerima sistem kawalan yang sama. Di sini, cekpoin sekuriti mula didirikan dalam bilangan yang besar, dimana setiap penduduk perlu mengimbas kad pengenalan mereka, sistem rekognisi muka juga turut digunakan untuk tujuan sekuriti dan juga pemantauan secara menyeluruh. Telefon-telefon juga turut dirampas dan diperiksa oleh pihak berkuasa. Tidak hanya itu, mereka juga diharamkan dari keluar negara apabila passport dan visa mereka dirampas oleh pihak berkuasa.

Penggunaan sistem pemantauan di kem ‘pendidikan’ untuk kaum Uyghur pula boleh dikatakan pada tahap maksimum, dimana ia bukan sahaja untuk tujuan pemantauan keselamatan, malah untuk merekod dan mengenal pasti pergerakan serta perbuatan mereka di kem tersebut. Seandainya masyarakat majoriti yang berada di luar dari kem tersebut sudah merasakan bahawa tiada kebebasan untuk hidup di negara mereka sendiri, bayangkanlah pula bagaimana perasaan kaum Uyghur yang dicop sebagai kaum minoriti di sana dan diletakkan dalam satu kem yang diasingkan dari dunia luar.
Kem ‘pendidikan’ yang didirikan untuk kaum Uyghur, yang terletak di kawasan Kyrgyzstan itu pada asalnya dinafikan kewujudannya oleh kerajaan China. Namun begitu selepas beberapa siri pembocoran maklumat di internet, mereka mula mengakui akan kewujudan kem tersebut. Tidak perlu diceritakan secara mendalam mengenai layanan yang diterima di kem tersebut oleh kaum Uyghur, tapi anda perlu tahu bahawa saudara seagama kita ini sekarang sedang ditindas dan di’brainwash’ oleh kerajaan China tanpa diketahui apa niat dan tujuan sebenarnya.

Jika dirujuk kepada isu agama, ia juga boleh menyumbang kepada beberapa teori yang benar, bahawa kerajaan China mahu menghapuskan penganut penganut agama islam disana. Meskipun isu ini mendapat perhatian dari pelbagai negara besar, tidak banyak tindakan serta kritikan yang dilakukan terhadap perbuatan kerajaan China tersebut.

China juga membalas dan menjawab beberapa kritikan yang disuarakan dengan menyokong tindakan mereka itu adalah betul dan terbaik untuk keamanan negara mereka. Walau apajua keadaannya ketika ini, kita masih berharap bahawa kaum Uyghur di sana dapat diberi pembelaan dan diberi peluang untuk hidup dalam keadaan selesa serta aman, sebagaimana kita di negara kita ini.


Post a Comment

0 Comments