Teknik Penulisan Tulang Ikan (Fish Bone)

 


Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membantu kita menulis dengan lebih tersusun dan pantas. Salah satu kaedah dinamakan sebagai Fishbone Diagram.


1. Diagram Tulang Ikan (Fish Bone Diagram) adalah satu kaedah brainstorm atau penyelesaian masalah yang diperkenalkan oleh Dr. Kaoru Ishikawa di University of Tokyo pada tahun 1943. ia juga turut dipanggil "Ishikawa Diagram".

2. Bahagian Kepala Ikan adalah ibarat masalah yang cuba diselesaikan. Masalah ini berpunca dari beberapa faktor.

3. Masalah ini dihubungkan dengan setiap faktor oleh Tulang Utama Ikan.

4. Setiap faktor akan terpecah menjadi tulang-tulang yang bercabang dari tulang utama.

5. Dalam contoh berikut, terdapat 5 faktor atau poin utama yang dikenalpasti.




6. Setiap poin yang telah dikenalpasti itu akan menjadi topik yang tersendiri.

7. Dalam bidang penulisan, topik ini merupakan satu cerita kecil dari keseluruhan cerita berkenaan ikan tersebut.

8. Apabila seseorang penulis merancang penulisannya berdasarkan tulang ikan, dia perlu terlebih dahulu memecahkan cerita penuhnya kepada cerita-cerita kecil (tulang-tulang cabang ikan). Cerita-cerita ini perlu mempunyai plot tersendiri.

9. Kelebihan mengamalkan teknik ini ialah ia menerapkan pemikiran holistik ke atas sesuatu penulisan sebelum penulisan itu dimulakan. Penulis akan mendapat manfaat berikut:

9.1. Cerita-cerita kecil boleh dikenalpasti dan disusun di sepanjang cerita penuh. Jika ada topik baru yang muncul kemudian, ia boleh disusun di sepanjang Tulang Utama ikan.

9.2. Penulis boleh memberi fokus kepada setiap topik secara berasingan. Mana-mana topik yang telah sedia ditulis boleh ditulis dahulu. Mana-mana topik yang masih belum lengkap ceritanya boleh dikemudiankan, namun keseluruhan kerangka cerita masih kekal seperti rancangan asal.

9.3. Cerita-cerita kecil ini boleh berdiri dengan sendiri. Penulis boleh berkongsi cerita ini dengan pembaca bagi mendapatkan maklumbalas tanpa perlu menerangkan kepada pembaca tentang keseluruhan cerita.

9.4. Bagi sesebuah cerita yang membawa isu berat atau rumit, penulis akan berpeluang memecahkan isu ini kepada isu-isu kecil atau ringan yang mudah untuk difahami oleh pembaca. Hal ini akan menjadikan cerita itu lebih menarik perhatian pembaca kerana mereka tidak merasa terbeban untuk memahami isu yang berat di peringkat awal pembacaan.

10. Terdapat banyak online tool yang boleh membatu anda menggunapakai teknik ini seperti:
10.1. creately.com
10.2. https://miro.com/
10.3. https://www.canva.com/
10.4. https://www.smartdraw.com/
10.5. https://www.lucidchart.com/
10.6. https://www.edrawmax.com/


Post a Comment

0 Comments