[kajian] Apakah maksud Research (Penyelidikan)?

 



*Apakah maksud Research (Penyelidikan)?*

.
Penyelidikan adalah satu "kerja kreatif dan sistematik yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan pengetahuan ini untuk membangunkan aplikasi baru."
.
Ia melibatkan pengumpulan, penyusunan, dan analisis maklumat untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai topik atau isu.
.
Pada peringkat umum, penyelidikan mempunyai tiga langkah:
1. Kemukakan soalan.
2. Kumpulkan data untuk menjawab soalan.
3. Kemukakan jawapan untuk soalan tersebut.
.
Penyelesaian masalah adalah sebahagian dari rutin. Anda terlibat dalam menyelesaikan masalah setiap hari dan anda memulakan dengan soalan, mengumpulkan beberapa maklumat, dan kemudian membentuk jawapan.
.
Penyelidikan penting kerana tiga sebab:
1. Penyelidikan dapat menambahkan pengetahuan kita: Menambah pengetahuan bermaksud bahawa penyelidikan menyumbang kepada bertambahnya maklumat tentang sesuatu isu.
2. Penyelidikan meningkatkan amalan: Penyelidikan juga penting kerana ia membantu kita membuat penambahbaikan bagi sesuatu amalan sedia ada.
3. Penyelidikan menyediakan maklumat untuk perbahasan dasar: penyelidikan juga memberikan maklumat kepada pembuat dasar ketika mereka meneliti dan membahaskan sesuatu topik.
.
Disesuaikan dari: https://en.wikipedia.org/wiki/Research

Post a Comment

0 Comments