Benarkah Israel Tersalah Tembak Sukarelawan Palestin?

Ditembak secara tidak sengaja?


Dakwa tertembak wanita Palestin


BAITULMUQADDIS 6 Jun – Israel memaklumkan bahawa siasatan awal terhadap kes pembunuhan sukarelawan perubatan wanita warga Palestin baru-baru ini mendapati mangsa ditembak secara tidak sengaja oleh tentera Israel.

Tentera Israel dalam kenya­taannya berkata, siasatan awal itu menunjukkan hanya sejumlah kecil peluru dilepaskan dan tiada sebarang sasaran dibuat terhadap mana-mana petugas perubatan termasuk Razan ketika insiden itu berlaku.


“Siasatan akan diteruskan dan hasilnya akan diteliti pegawai ter­tinggi tentera Israel sebelum di­serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, beberapa pegawai dan saksi sebelum ini men­yatakan bahawa tentera Israel me­nembak mati Razan al-Najar, 21, ketika dia berlari menuju ke arah pagar sempadan di pekan Khan Younis pada Jumaat ming­gu lalu.

Ribuan penduduk Palestin turut menghadiri upacara pengkebumian Razan di Gaza pada Sabtu lalu, termasuk mereka yang pernah dirawat wanita muda itu ketika bertempur dengan tentera Israel.

Dalam perkembangan lain, penduduk Palestin bertindak melepaskan tanglung berisi bara arang atau kain yang terbakar merentasi sempadan Gaza dengan tujuan menyebabkan kebakaran di kawasan hutan dan tanaman di wilayah Israel.

Seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Shadi, 19, memberitahu bahawa tindakan tersebut memang sengaja dilakukan sebagai tindak balas terhadap kekejaman tentera Israel yang menembak mati kira-kira 120 penduduk Palestin sejak berlakunya tunjuk perasaan pada Mac lalu.

“Ideanya cukup mudah, selain itu kami menggunakan bahan-bahan yang senang didapati untuk mencetuskan kebakaran dan kerugian di wilayah Israel,” ujarnya.

Kerajaan Israel memaklumkan bahawa tindakan tersebut menyebabkan kawasan hutan dan tanaman seluas kira-kira 910 hektar musnah terbakar sehingga mencetuskan kerugian sehingga AS$2.5 juta (RM9.93 juta).

Sehubungan itu, pihak ber­kuasa Israel memberi amaran bahawa mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukannya termasuk me­nembak penduduk Palestin yang me­-
lepaskan tanglung-ta­ng­lung ber­kenaan. – REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dakwa-tertembak-wanita-palestin-1.686883#ixzz5HhnDz17I
© Utusan Melayu (M) Bhd

Post a Comment

0 Comments