Maksud PhoneoGraphy



1) PhoneoGraphy adalah satu istilah baru yang menggabungkan perkataan Phone dan Photography.

2) Secara amnya, ia bermaksud teknologi dan seni mengambil, menyunting dan menghasilkan imej foto menggunakan telefon pintar atau tablet.

Rujuk http://en.websaru.com/phoneography.html

3) Sejarah PhoneoGraphy bermula dengan kemunculan istilah iPhoneoGraphy iaitu menggunakan iPhone untuk menghasilkan imej foto seawal tahun 2007.

Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/IPhoneography

4) Hari ini, perlumbaan pembuatan telefon pintar menyaksikan kebanyakan jenama telefon pintar dilengkapi dengan perkakasan kamera canggih yang membolehkan imej foto bermutu tinggi dihasilkan.

5) Olehkerana saiznya kecil, perkakasan kamera pada sesebuah telefon pintar tidak mempunyai keupayaan zoom setanding dengan kamera biasa.



6) Walaubagaimanapun, pengeluar telefon pintar berusaha meningkatkan jumlah pixel bagi keluasan foto imej untuk menghasilkan mutu yang baik. Secara mudahnya, jumlah pixel yang tinggi memberikan mutu yang lebih baik.




7) Kita akan bincangkan beberapa istilah utama seperti pixel ini dalam artikel seterusnya.






Post a Comment

0 Comments