Maksud Web Server

Maksud Web Server | Erti Web Server | Pengenalan Web Server


-

  • Apakah maksud Web Server?
  • Adakah Web Server itu sejenis Software? atau Hardware?
  • Apakah Web Server yang pertama diperkenalkan dalam sejarah komputer? Di manakah letaknya ia?

-
1) Web Server bermaksud sistem yang menyediakan Web Site untuk diakses oleh pengguna Internet. Sistem inilah yang membolehkan setiap dokumen elektronik yang terdapat dalam sesebuah Web Site itu dikongsi dan diakses oleh pengguna Internet dari serata dunia.

2) Sistem Web Server terdiri dari komponen perisian (software) dan perkakasan (hardware).

3) Perisian Web Server akan mendengar isyarat permintaan dari pengguna Internet (Request) dan membalasnya (Response) secara logik. Perkakasan Web Server pula berperanan memproses isyarat Request atau Response secara elektronik. Kebiasaannya isyarat Request dan Response adalah tinggi maka kita memerlukan Perisian dan Perkakasan yang khusus untuk memastikan peranan Web Server tidak terganggu.



4) Mesin (Hardware) Web Server yang pertama di dunia dipanggil NeXT Computer. Ia dikeluarkan oleh Syarikat NeXT yang dimiliki oleh Steve Jobs, pengasas syarikat Apple. Mesin ini digunakan oleh Tim Berners Lee, perintis teknologi Web ketika melakukan kajian berkaitannya di CERN Lab Switzerland pada tahun 1990. (Baca selanjutnya, https://en.wikipedia.org/wiki/CERN_httpd#/media/File:First_Web_Server.jpg)



5) Perisian (Software) Web Server yang pertama pula dikenali sebagai CERN httpd. httpd adalah singkatan kepada Hyper Text Transfer Protocol Daemon. Dalam bahasa mudah, ia adalah perisian yang berfungsi untuk memproses isyarat Request dan Response di dalam persekitaran Internet. (Baca selanjutnya, https://en.wikipedia.org/wiki/CERN_httpd )




6) Pada hari ini teknologi Perisian dan Perkakasan Web Server telah berkembang pesat dan terdapat berbagai produk komersial mahupun sumber terbuka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
-

Post a Comment

0 Comments