Apakah Epoch Time? Apakah bencana yang akan menimpa manusia akibat Epoch Time?

 


.

Kita biasa mendengar perkataan Epic, tapi mungkin kita tidak pernah mendengar perkataan Epoch meskipun fenomena Epoch itu sangat hampir kepada kita.

Epoch adalah kaedah mengukur perubahan masa berdasarkan detik. Jikalau begitu, apa beza hitungan Epoc dan Saat? Bukankah saat juga mengukur detik perubahan masa?

Memang benar Saat itu mengukur satu detik perubahan masa. Tetapi ia adalah berdasarkan sistem nombor Sexagesimal (nombor asas-60) yang berasal dari sistem purba zaman tamadun Babylon. Ia tidak mesra dengan operasi matematik zaman moden yang berdasarkan sistem nombor decimal (nombor asas-10). 

Maka perwakilan masa perlu ditukar kepada nombor decimal integer (nombor bulat asas-10) iaitu bermula dengan 0 dan berakhir dengan nilai maksima mengikut digit yang diperuntukkan padanya. Konsep ini diistilahkan sebagai EPOCH TIME.


Sebagai contohnya sistem operasi UNIX memulakan tempoh masa EPOCH TIME pada 1 Januari 1970. Bermula dari tarikh ini, ukuran masa komputer diwakili oleh integer 32-bit tidak bertanda di mana nilai maksima adalah (2 31 ) bersamaan 2,147,483,647. Berdasarkan perkiraan, nombor integer maksima itu akan dicecah pada 19 Januari 2038. Menjelang tarikh tersebut, situasi overflow akan berlaku dan sistem perlu ditingkat upaya bagi mengelakkan masalah ini.


Kita pernah berhadapan dengan risiko overflow pada tahun 1999. Ketika itu, sebahagian sistem komputer memperuntukan 2 digit integer untuk mewakili tahun. Contohnya nombor 99 dianggap mewakili tahun 1999. Kaedah 2 digit ini menjimatkan ruang storan berbanding 4 digit tetapi masalah akan timbul apabila hitungan tiba kepada nilai maksima 99. Nilai seterusnya akan menjadi 00. Bagi manusia, 00 boleh difahami sebagai 2000. Tetapi komputer tidak mempunyai kefahaman seperti ini. Ia akan menjadi keliru lalu memasuki mod error (ralat) dan boleh mengakibatkan situasi luar jangka. Itulah situasi yang berlaku ketika dunia menghampiri tahun 2000. Mujur kebanyakan sistem telah ditingkat upaya kepada sistem 4 digit bagi mengelakkan ralat tahun 2000 atau turut dipanggil Y2K bug.


Istilah epoch juga digunakan dalam bidang Machine Learning (Pembelajaran Mesin) tetapi konteksnya sedikit berbeza. Perbincangannya akan disambung pada masa akan datang.




Post a Comment

0 Comments