Penipuan Telefon Di Antaranya Bermula Dengan Penipuan Panggilan Senyap (Silent Call Scam)

.

Apakah Maksud Silent Call Scam?

.

Apabila anda menjawab panggilan telefon dan kemudiannya mendapatinya senyap seperti tiada orang di pihak pemanggil, ia mungkin menjadi petanda bahawa di sebelah sana ada komputer yang sedang  mengumpulkan maklumat mengenai anda.

.

Mungkin sebahagian dari anda telah melalui pengalaman iaitu mendengar dering telefon lalu menjawab dengan berkata "Hello. Hello. Helloooo." Tetapi tiada sesiapa yang menjawab anda.

.

Ternyata mungkin ada seseorang di hujung talian iaitu sistem komputer automatik yang memanggil nombor anda - dan puluhan ribu nombor yang lain - untuk membina senarai bakal mangsa penipuan.

.

Menurut Vijay Balasubramaniyan, Ketua Pegawai Eksekutif Pindrop Security, sebuah syarikat di Atlanta yang mengesan penipuan telefon, jaringan penjenayah dalam talian akan mendapatkan nombor anda dan memasukkannya ke dalam sistem automatik.

.

Mungkin pada masa lalu anda telah memberikan nombor anda kepada peniaga, peruncit atau mungkin anda telah menyertai peraduan yang menghendaki nombor telefon di masukkan.

.

Dalam suasana perintah kawalan pergerakan sekarang, pengunjung sesuatu premis diwajibkan samada menulis nombor telefon atau mengimbas kod MySejahtera. Risiko nombor anda dikutip penjenayah akan meningkat lebih tinggi sekiranya anda menulis nombor telefon.

.

Terkini seorang netizen bernama Yoongi telah membuat laporan di laman WhoCallsMe.com berkenaan 0196676764 yang dakwanya melakukan Panggilan Senyap (Silent Call):

https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0196676764

.



.

Baca seterusnya:

https://www.npr.org/sections/alltechconsidered/2015/08/24/434313813/why-phone-fraud-starts-with-a-silent-call

.


Post a Comment

0 Comments