[isu] AirAsia cadang perniagaan data pelanggan?


 

.

JABATAN Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang dalam proses mendapatkan penjelasan daripada AirAsia Group Bhd berhubung cadangan perniagaan data yang membabitkan pelanggan syarikat penerbangan itu dengan firma dari Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarah JPDP, Mazmalek Mohamad berkata, JPDP melalui unit siasatannya sedang mendapatkan maklum balas daripada AirAsia berhubung laporan media mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak dapat mengulas lanjut dan perlu memastikan apakah perjanjian urus niaga di antara kedua-dua pihak terlebih dulu.

"Kami perlu menunggu penjelasan berkaitan laporan itu diberikan oleh AirAsia terlebih dulu," katanya kepada BH ketika dihubungi hari ini.

JPDP berkata, secara asasnya, penjualan data peribadi yang telah dikumpulkan oleh seseorang pengguna data adalah adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Langkah berkenaan diambil susulan laporan media bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman AS bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion bagi perniagaan data syarikat penerbangan itu.

Ia sekali gus mencetuskan perbalahan di antara pelanggan syarikat penerbangan kos rendah itu kerana khuatir maklumat data mereka diperoleh oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mempersoalkan mengenai pematuhan perlindungan data peribadi.

Fernandes bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemberi pinjaman AS yang berpotensi itu tetapi bercakap mengenai bagaimana aplikasi 'super' baru yang didorong oleh data akan menjadi penyumbang keuntungan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perniagaan penerbangan katanya telah mencipta data yang luar biasa dan pasca-Covid-19, aplikasi ini menerima 50 juta pengunjung unik setiap bulan.

AirAsia juga ketika dihubungi BH tidak dapat memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu.

"Kami tidak dapat memberi ulasan buat masa ini. Sebarang pengumuman akan dibuat tepat pada waktunya," katanya.

Sementara itu, sumber dalaman AirAsia yang enggan dikenali berkata, perniagaan data ini perlu difahami dengan jelas kerana ia memberikan kelebihan kepada kumpulan.

Beliau berkata, ia bukan penjualan data kepada pihak ketiga yang diragui termasuk kumpulan Macau Scam, sebaliknya ia lebih kepada perkongsian dan bagaimana AirAsia dapat menggunakan data yang ada dengan betul untuk pertumbuhan operasi.

"Ini mengenai bagaimana AirAsia dapat menguruskan pangkalan data sedia adanya yang sekitar 75 juta untuk strategi pemasaran yang lebih baik, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk pelanggan.

.

Berita Penuh:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/629022/airasia-cadang-perniagaan-data-pelanggan

Post a Comment

0 Comments