Tips: Cara Membuka Fail Format RAR


.
RAR adalah singkatan kepada Roshal Archive Compressed file. Ia adalah sejenis teknologi untuk "membungkus" koleksi fail menjadi satu fail sahaja. Teknologi ini memudahkan pengguna menyalin fail dari satu medium ke medium yang lain.

Format RAR adalah seperti Format ZIP yang terdapat di dalam sistem Windows. Walaubagaimanapun sistem Windows tidak mempunyai aplikasi terlalai (default) untuk membuka Format RAR. Pengguna perlu memasang perisian seperti WINRAR terlebih dahulu untuk membuka fail format ini.

Kini, terdapat satu aplikasi atas talian yang menawarkan kaedah yang lebih muda. Pengguna boleh muatnaik fail tersebut ke laman web https://extract.me/ dan laman tersebut akan menukarkannya kepada Format ZIP.


Post a Comment

0 Comments