Maksud Deep Fake Technology

siapa tahu suatu hari nanti anda pula menjadi bahan eksperimen "deep fake"

.
Deepfake adalah satu istilah baru yang berasal dari gabungan perkataan "deep learning" dan "fake". "deep learning" adalah sebahagian dari kaedah "machine learning" yang berdasarkan teknologi neural networks tiruan.

Frasa "deepfake" dikatakan diperkenalkan pada tahun 2017. Secara ringkasnya teknologi ini digunakan untuk mengadun imej manusia contohnya wajah A di adun ke atas wajah B di dalam satu rakaman video. Apabila rakaman video ini dimainkan, penonton melihat seolah-olah si A yang sedang beraksi di dalam video walhal sebenarnya wajah A ditampalkan ke atas wajah si B iaitu pelaku aksi yang sebenar.

Pada tahun 2017, BBC.com melaporkan wajah Obama telah dimanipulasi menggunakan teknologi "deep fake" untuk menghasilkan satu ucapan kontroversi.

Terbaru, pada 12 Jun 2019, seorang artist bernama Bill Posters telah menyiarkan video "deepfake" mengandungi wajah Mark Zuckerberg yang berjenaka tentang polisi Facebook.

Teknologi ini sebenarnya sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi senjata fitnah ke atas sesiapa sahaja. Sebagai langkah perlindungan diri sendiri, kurangkan berkongsi wajah anda di Internet kerana siapa tahu suatu hari nanti anda pula menjadi bahan eksperimen "deep fake".

Baca seterusnya: Perkhidmatan Teknologi Manipulasi DeepFake Online

Sumber:
1) https://en.wikipedia.org/wiki/Deepfake
2) https://www.bbc.com/news/av/technology-40598465/fake-obama-created-using-ai-tool-to-make-phoney-speeches
3) https://www.cnbc.com/video/2019/06/12/an-artist-just-made-a-deepfake-of-mark-zuckerberg.html

.
Apa itu, Erti, Maksud DeepFake Technology

Post a Comment

0 Comments