Facebook Perkenalkan Sistem Semakan Berita Palsu Di Malaysia

Dalam usahanya memerangi sebaran maklumat palsu di dalam media sosial di Malaysia, Facebook telah mengumumkan penggunaan program semak fakta dengan kerjasama Agence France-Presse (AFP).


.

Facebook lancar program semakan fakta pihak ketiga di Malaysia


Dalam usahanya memerangi sebaran maklumat palsu di dalam media sosial di Malaysia, Facebook telah mengumumkan penggunaan program semak fakta dengan kerjasama Agence France-Presse (AFP).

AFP akan berperanan menyemak dan membuat penarafan tentang ketepatan cerita dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris di dalam Facebook yang akan turut merangkumi foto dan video bermula hari ini (26 Jun 2019).

Pengurus projek kerjasama strategik Facebook, Alice Budisatrijo berkata kerjasama ini akan membantu membanteras sebaran berita palsu melalui Facebook.

Apabila sesebuah cerita atau konten ditandakan sebagai palsu oleh penyemak pihak ketiga, Facebook akan bertindak mengekang sebarannya. Syarikat ini percaya hal ini akan merendahkan capaian pengguna kepada berita tersebut.

Bagi mengekalkan Facebook sebagai badan yang terbuka, Budisatrijo berkata pihak syarikat tidak akan terus memadam cerita yang disyaki palsu, sebaliknya akan menyertakan pautan tambahan ke AFP Malaysia supaya pengguna dapat mencari lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan cerita terbabit.

Fitur seperti ini akan mendorong pengguna berfikir sejenak sebelum berkongsi sesuatu cerita dengan pengguna lain.

Apabila sistem mengesan mana-mana pengguna menyebarkan berita palsu, pengguna tersebut akan diberi notis dan dibenarkan merayu dalam tempoh seminggu. Seandainya rayuan mereka gagal, mereka akan disekat dari menggunakan perkhidmatan "boost" atau perkhidmatan "monetization".

Sekatan ini akan berjalan untuk tempoh 3 bulan.

.

Sumber: https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/06/26/facebook-teams-up-with-afp/

Post a Comment

0 Comments