[Aktivis] 5 Fakta Tentang Pengguna Internet Malaysia



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan satu laporan kajian pengguna Internet yang dijalankan pada tahun 2018.

Terdapat 5 fakta menarik tentang pengguna Internet Malaysia yang boleh dipelajari dari kajian ini.

1) Jumlah pengguna senior meningkat

Pengguna senior maksudnya mereka yang berumur 60 tahun ke atas (http://www.jpapencen.gov.my/english/senior_citizen.html). Ketika kajian SKMM dilakukan pada tahun 2012, peratusan jumlah mereka sedikit sahaja. Peratusan ini kelihatan semakin meningkat kini. Ini bermakna, kempen pemasaran tidak boleh lagi mengkesampingkan mereka kerana kewujudan mereka dalam dunia Internet semakin ketara.

2) Alat Komunikasi

Kajian SKMM mendapati sebahagian besar pengguna Internet di Malaysia menggunakan smartfon untuk mengakses Internet. Smartfon adalah alat perhubungan yang mempunyai skrin kecil. Maka kempen pemasaran sebaiknya seringkas mungkin. Mesej yang panjang agak sukar untuk dibaca melalui skrin yang kecil. No fon pengguna pula sudah menjadi satu data yang sangat strategik bagi tujuan sasaran pemasaran.

3) Platform

Dua Platform yang popular di Malaysia adalah WhatsApp (98% dari seluruh pengguna Internet Malaysia) dan Facebook (97% dari seluruh pengguna Internet Malaysia). Selepas itu diikuti oleh Youtube, Instagram dan Twitter. Jika anda mahu mensasarkan kempen pemasaran terhadap kumpulan terbesar pengguna Internet, pastikan anda bermula dengan menguasai jaringan kenalan di dalam WhatsApp dan Facebook. Selepas itu anda boleh pilih platform yang lain-lain mengikut kesesuaian dengan kumpulan sasaran anda.

4) Pembayaran Online

Pembayaran Online sudah menjadi tabiat yang biasa di kalangan pengguna Internet. Ambil kesempatan untuk menggunakan kaedah pembayaran online bagi projek anda. Ada dua cara pelaksanaan pembayaran online iaitu; 1) dengan mengutip bayaran dari pengguna bagi produk atau perkhidmatan anda yang mereka gunakan dan 2) dengan mengutip derma atau sumbangan kepada organisasi atau projek anda melalui gerbang pembayaran seperti https://www.billplz.com/ atau https://jomdonate.com/.


5) Konten

Ada 7 jenis konten yang popular seperti berikut:
1. Pendidikan.
2. Hiburan atau Humor.
3. Berita.
4. Hebahan.
5. Kebajikan.
6. Promosi.
7. Politik.

Untuk menarik perhatian kebanyakan pengguna, anda seharusnya menawarkan konten dalam bentuk yang popular. Olah konten anda supaya mudah menarik perhatian pengguna Internet tetapi pada masa yang sama masih mampu menyampaikan mesej kempen anda.




Rujukan:
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey-2018.pdf












Post a Comment

0 Comments