Benarkah US Berlumba Dengan China Hasilkan Super Computer?


200,000 Trillion pengiraan dalam masa sesaat!


Summit adalah Super Computer US yang terbaru, mempunyai kuasa dua kali ganda dari peneraju dunia masa kini.

Mesin tersebut memproses 200,000 Trillion pengiraan dalam masa sesaat atau 200 petaflops.

Manakala mesin peneraju dunia sekarang iaitu Sunway TaihuLight Super Computer milik China mempunyai kuasa memproses setakat 93 petaflops.

Summit dikhabarkan akan digunakan untuk kajian astrophysics, cancer dan systems biology.

Ia bertempat Oak Ridge National Laboratory (ORNL) di Tennessee, di mana ia dibangunkan hasil kerjasama IBM dan NVidia.

Super Computer secara tipikalnya adalah satu sistem yang besar dan mahal mengandungi berpuluh ribu alat pemproses yang direka untuk melaksanakan kerja pengiraan yang intensif.

Summit mengandungi 4,608 komputer server dan mempunyai 10 petabytes memory.

Dalam satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2017, US diberitakan mempunyai 143 Super Computer yang berada dalam senarai 500 Super Computer teratas dunia manakala China mempunyai 202 Super Computer.

Keluaran US terdahulu bernama Titan menduduki tempat ke 5.

"Kami tahu kami sedang bersaing dan siapa sampai dahulu adalah penting"

"Kemampuan memberitahu Dunia bahawa Amerika sudah kembali dalam gelanggang (perkomputeran kuasa tinggi) sangat mustahak"

"Kemampuan Summit sangat tinggi yang mana ia mampu mengira data yang disimpan dalam komputer peribadi selama 30 tahun dalam tempoh satu jam ... hal ini akan mengubah dunia"

Sumber:
https://www.bbc.com/news/technology-44439515


Post a Comment

0 Comments