Benarkah Ramai Tidak Tahu Apa Nak Dibuat Apabila Kemalangan Kereta?


Perjalanan yang selamat dan selesa untuk menambah kegembiraan hari raya hanya boleh dinikmati apabila kenderaan masing-masing diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Tips sebelum perjalanan

1. Perkara asas, periksa minyak hitam, minyak brek, minyak power stereng, dan segala jenis minyak.

2. Lampu (lampu hadapan, lampu tinggi, lampu brek, lampu signal, lampu kecemasan), perlu pastikan semua berfungsi.

3. Periksa tayar kereta (bunga dan angin)

4. Air radiator bagi elak kereta berasap akibat kekurangan air

5. Ketika lalu lebuh raya, simpan nombor telefon pihak lebuh raya bagi memudahkan jika berlaku kecemasan.

6. Simpan nombor auto assist. Berguna bila berlaku kemalangan atau mahu di towing ke bengkel.

7. Simpan nombor mekanik yang dikenali untuk rujukan ketika berlaku sebarang masalah pada kenderaan. Juga mengetahui harga barang sepatutnya elak ditipu.

Bila berlaku kemalangan?

1. Jangan cemas

2. Jangan buat keputusan terburu-buru

3. Telefon insurans dan maklumkan auto assist anda agar pihak insurans menghantar trak tunda untuk hantar kereta ke bengkel yang mempunyai panel insurans diambil.

4. Buat laporan polis mengenai kemalangan dalam masa 24 jam (ambil nombor pendaftaran kereta dan kad pengenalan pemandu) bagi memudahkan urusan tuntutan bayaran.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/femina/ramai-wanita-tidak-tahu-pasal-kereta-1.843453

Post a Comment

0 Comments