Benarkah Nak Balik Kampung Kena Bagitau Polis?


Borang ini perlu diisi dengan maklumat yang tepat dan dikembalikan kepada Balai Polis

Ini nasihat polis jika nak balik kampung


PENDANG - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan agar memaklumkan kepada pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan kawasan perumahan mereka terjamin

Ketua Polis daerah Pendang, Deputi Supritenden Fadzil Hashim berkata, orang ramai yang ingin pulang ke kampung diminta untuk mengisi 'Borang Maklumat Balik Kampung'.


Katanya, borang berkenaan boleh didapati di pautan laman facebook Polis Daerah Pendang.

"Borang ini perlu diisi dengan maklumat yang tepat dan dikembalikan kepada Balai Polis berdekatan kawasan mereka," katanya.

Fadzil berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan sepanjang tempoh mereka bercuti.

"Dengan rondaan sepanjang ketiadaan penghuni, Insya-ALLAH tahap jenayah di sesuatu kawasan dapat dicegah," katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ini-nasihat-polis-jika-nak-balik-kampung-1.841746

Post a Comment

0 Comments