Benarkah Malaysia Akan Mempunyai Kereta Nasional Baru?

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau

Malaysia akan mempunyai kereta nasional baharu


TOKYO: Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24 hari ini, Dr Mahathir berkata Proton kini bukan lagi kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat terbabit kini dimiliki syarikat China, Geely.

"Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau," katanya.

Tambah beliau, Thailand dan Jepun adalah antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya mengenai potensi pembangunan industri baharu Malaysia dan bagaimana pelabur asing dapat melengkapkan senario itu.

"Kita mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing pada permulaan tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi yang diguna pakai," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/436609/malaysia-akan-mempunyai-kereta-nasional-baharu

Post a Comment

0 Comments