Benarkah Jepun Kalahkan Columbia, Cipta Rekod Piala Dunia?
RUSIA: Pasukan bolasepak Jepun berjaya mengalahkan pasukan Columbia 2-1, satu rekod pertama kali dicipta apabila sebuah negara Asia mengalahkan pasukan Amerika Selatan dengan beza skor 1 pada Piala Dunia 2018.Midfielder Columbia, Carlos Sanchez, telah diberikan kad merah pada minit ketiga akibat kesalahan "handball" - satu rekod pemberian kad merah kedua terpantas dalam rekod Piala Dunia.
Shinji Kagawa menjaringkan gol penalti pada minit ke-6. Kemudiannya Juan Quitero menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma sebelum tamat separuh masa pertama.
Gol Jepun berikutnya dijaringkan oleh Yuya Osako pada minit ke 73 lalu mengecewakan lebih 10,000 peminat Columbia yang hadir di stadium.
Sumber:
https://economictimes.indiatimes.com/news/sports/live-match-updates-of-colombia-versus-japan-world-cup-match/articleshow/64649284.cms
0 Comments