Benarkah Ada Paderi Hadir Majlis Berbuka Puasa Di Shah Alam?

..Sudah masuk tahun ke 4 Global UNITY Network (UNITY) dengan kerjasama Christians for Peace & Harmony in Malaysia (CPHM) menganjurkan Majlis Buka Puasa antara Imam dan Paderi


Majlis Buka Puasa antara Imam dan Paderi



SHAH ALAM - Global UNITY Network (UNITY) dan Christians for Peace & Harmony in Malaysia (CPHM) telah menganjurkan satu program berbuka puasa bersama pada 31hb Mei 2018 yang lepas di BlueWave Hotel, Shah Alam.

Menurut Bro Shah Kirit iaitu Presiden UNITY di laman Facebook beliau, "Ini dah masuk tahun ke 4 Global UNITY Network (UNITY) dengan kerjasama Christians for Peace & Harmony in Malaysia (CPHM) menganjurkan Majlis Buka Puasa antara Imam dan Paderi. Turut hadir menjayakan objektif penganjuran selama ini adalah wakil dari JAKIM, YADIM, JAWI, MAIWP, JAIS, MAIS dll."

UNITY amat berpengalaman dalam mengendalikan program-program antara agama dan program tersebut telah dihadiri lebih daripada 80 orang yang pelbagai kaum, agama dan latar belakang dengan jayanya.

"Hasilnya hari ini banyak isu yang berpotensi menjadi konflik dapat dicegah/diselesaikan secara harmoni. Masing-masing saling menghormati. Alhamdulillah turut dapat sampaikan pemahaman serta membetulkan salah faham terhadap Islam." Menurut beliau lagi.

Pada 26hb Mei yang lepas UNITY turut mengadakan program Berbuka puasa diantara semua pemimpin pelbagai agama dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber - http://unity.org.my

Post a Comment

0 Comments