Apa itu Pokemon Go?


.

Apakah Pokemon Go?


Pokemon Go adalah sejenis permainan berdasarkan teknologi augmented reality (baca maksud augmented reality di sini) yang menggunakan lokasi sebenar pemain sebagai sebahagian dari plot permainan.

Di dalam permainan Pokemon Go, pemain dikehendaki menjejak karakter pokemon yang kononnya berada di lokasi berhampirannya. Ia dikeluarkan untuk sistem Android dan iOS pada bulan Julai 2016 dan telah berjaya mengatasi rekod permainan popular Candy Crush di Amerika Syarikat. Secara tidak langsung permainan ini melonjakkan nilai syarikat permainan Nintendo.

Permainan ini dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Namun, ia turut mengakibatkan kontroversi seperti kemalangan atau gangguan huru-hara di tempat awam jika dimainkan secara keterlaluan.

Terkini, Pokemon Go telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.


Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Pok%C3%A9mon_Go




Post a Comment

0 Comments