Pertama Kali Menggunakan Kamera Fon Pintar (Smart Phone Camera)


.
.
Pertama Kali Menggunakan Kamera Fon Pintar (Smart Phone Camera)

Tutorial ini menggunakan aplikasi Camera FV5-Lite yang boleh dimuatturun darihttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.flavionet.android.camera.lite 
tap-fv5.jpg
Secara umumnya, semua aplikasi kamera menjalankan fungsi utamanya iaitu mengambil gambar. Walaubagaimanapun anda disyorkan menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan anda mengikuti tutorial di bawah.
1) Bagi seseorang yang baru pertama kali menggunakan fungsi kamera yang terdapat pada fon pintar (smart phone), perkara asas yang perlu diketahuinya adalah:
1.1) Fokus objek foto. (English: FOCUS)
1.2) Rakam objek foto. (English: SHOOT)
1.3) Papar semula foto yang dirakam. (English: VIEW)
2) Fokus (FOCUS)- Sebelum gambar foto diambil, objek foto perlu difokus supaya imejnya kelihatan tajam. Kebanyakan aplikasi kamera menghendaki pengguna mengetik (English: tap) skrin fon kamera sebagai isyarat kepada lensa kamera untuk mula memfokus kepada objek foto.
tap-focus.jpg
3) Rakam (SHOOT) - Apabila objek foto sudah di fokus dan kelihatan tajam di dalam skrin, tibalah masa untuk merakam foto (English:Shoot).
tap-shoot.jpg
4) Papar (VIEW) - Setelah gambar foto diambil, kita boleh papar semula foto tersebut diskrin dengan mengetik butan Main (Play).
tap-view.jpg
Sistem Android akan memaparkan foto yang terakhir diambil.
5) Guna gerakan Pinch untuk membesarkan imej dan pastikan imej anda tajam.
Ketajaman gambar merupakan antara aspek kualiti gambar foto yang mustahak. Oleh itu, pastikan anda memegang fon kamera dengan kemas dan jari anda tidak menghalang lensa kamera.k
.
.

Post a Comment

0 Comments