Fotografi dan Sains



.
Fotografi dan Sains
1) Fotografi dikaitkan dengan sains kerana ia memerlukan kefahaman jurufoto terhadap peranan cahaya dalam menghasilkan gambar foto.

2) Jumlah cahaya yang sesuai diperlukan untuk menghasilkan gambar foto yang baik. Secara umumnya, gambar foto dianggap baik apabila cukup kecerahannya (brightness) dan ketajamannya (sharpness).

3) Cahaya akan meninggalkan kesan highlight dan shadow. Highlight merujuk kepada kawasan paling cerah di dalam gambar foto yang mungkin berlaku kerana suluhan langsung dari sumber cahaya. Shadow merujuk kepada kawasan paling gelap di dalam gambar foto yang mungkin berlaku kerana terlindung dari sumber cahaya.

4) Cahaya yang terlalu kuat akan menghasilkan kesan overexposure (lebih pendedahan). Warna putih mendominasi objek hingga hilang warna asal. Sebaliknya, cahaya yang terlalu sedikit akan menghasilkan kesan underexposure (kurang pendedahan). Warna hitam mendominasi objek hingga hilang warna asal.

5) Untuk menghasilkan gambar foto yang baik, seseorang jurufoto perlu mengenalpasti faktor berikut sebelum merakam gambar:
5.1) Sumber cahaya (Apakah sumber cahaya itu? Dari arah mana ia datang? Bagaimanakah ia memberi kesan terhadap objek foto?).
5.2) Kedudukan objek foto dan kamera dari sumber cahaya (Adakah kedudukan objek foto dan sumber cahaya sesuai?)
5.3) Bahagian objek foto yang akan mengalami kesan highlight dan shadow akibat suluhan dari sumber cahaya (Adakah kesan highlight dan shadow itu sesuai dengan motif gambar foto tersebut?)

6) Dalam keadaan tertentu, pencahayaan tidak mencukupi maka jurufoto perlu memikirkan untuk menambah pencahayaan seperti menggunakan flash light atau reflektor.

7) Flash light adalah sejenis alat yang menghasilkan cahaya yang kuat dalam masa yang cepat. Ia membantu menambah pencahayaan tetapi akibatnya gambar foto mungkin mengalami keadaan overexposure. Maka jurufoto juga perlu mengambilkira faktor berikut pula:
7.1) Arah flash light diacukan.
7.2) Filter untuk menghalang sinaran yang kuat.
7.3) Reflector untuk memantulkan sinaran ke bahagian tertentu pada objek foto.
8) Reflector adalah sejenis alat untuk memantulkan sinaran yang datang dari sumber cahaya ke arah lain samada objek foto atau objek di sekelilingnya. Reflector membantu mencerahkan bahagian objek yang mungkin terlindung dari arah sinaran sumber cahaya. Ia membantu mengurangkan masalah underexposure pada bahagian tertentu dalam gambar foto.
   



.
LATIHAN:

1) (Indoor) Perhatikan sumber cahaya yang ada di dalam bilik anda. Bagaimanakah anda menentukan kedudukan objek foto di dalam keadaan ini?

2) (Outdoor) Perhatikan sumber cahaya yang ada di luar. Bagaimanakah anda menentukan kedudukan objek foto di dalam keadaan ini?

.

Post a Comment

0 Comments